'Carilah seribu sahabat kerana seribu sahabat itu belum terlalu banyak. Jauhilah seorang musuh kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak.' Ha..apa kata korang lihat diri korang sekarang,adakah kehidupan korang kini dikelilingi oleh ramai sahabat? Atau sahabat yang mendampingi korang masih boleh dikira dengan jari? Kenapa perlu takut untuk bersahabat?
Mungkin ramai yang tak sedar bahawa kehadiran sahabat di dalam kehidupan seharian, mampu mendatangkan keceriaan dan semangat yang positif dalam diri tau.. So,apa kata korang sematkan azam untuk menambah lebih ramai kenalan dan sahabat baru untuk didampingi. Tak tahu cara bagaiman untuk mencari dan memulakan ikatan persahabatan itu? Apa kata korang cuba tips berikut ;
Senyuman
-Ikatan persahabatan boleh dimulakan dengan senyuman. Berikan senyuman yang ikhlas kepada individu yang baru korang kenal kerana ia mampu meninggalkan impak yang positif dalam kitaran sosial kehidupan. Riak wajah ramah boleh dizahirkan menerusi senyuman. If korang nak lebih ramai individu dekat dengan korang, pastikan korang tak lokek dengan senyuman.
Jom gathering !
-Anjurkan satu majlis pertemuan bersama rakan-rakan. Kepada setiap tetamu yang hadir,korang sarankan agar mereka turut membawa dua atau tiga orang rakan baru. Secara tak langsung korang boleh saling kenal-mengenali antara satu sama lain dalam usaha meluaskan lagi jaringan persahabatan yang sedia ada. Tak semestinya korang perlumengadakan majlis ini di restoran mewah atau hotel. Sebaliknya korang boleh mengatur pertemuan di mana-mana lokasi strategik seperti warung-warung biasa yang sesuai, taman-taman rekreasi dan sebagainya. Tak perlu terlalu protokol !
Ketepikan ego !
-Ketepikan rasa malu dan ego. Di dalam persahabatan, korang tak boleh bersikap sombong. So,jangan takut atau malu untuk memulakan perbualan. Mulakan perbualan dengan dialog yang bersesuaian. Contohnya ; sewaktu sedang menunggu teksi ada seseorang yang korang rasa boleh dijadikan rakan berbual duduk berhampiran dengan korang (hehe..kalau korang nak usha-usha pon boleh jugak!). Dekatinya secara perlahan-lahan dan ajukan pertanyaan seperti : 'dah lama menunggu?' atau 'awak nak ke mana?' Olah dialog yang boleh dikembangkan menjadi bahan perbualan bersama. Dengan cara ini korang boleh saling bertukar-tukar number phone atau kad perniagaan antara satu sama lain.
Dekati dunia maya
-Facebook dan Twitter adalah antara dua komuniti dalam talian yang terhagat masa kini. Untuk meluaskan lagi persahabatan di samping berusaha menjejak rakan-rakan lama, korang boleh turut sama menyertai jaringan sosial dalam talian ini ! Kalau tak percaya, cuba korang daftarkan diri dalam mana-mana kemudahan internet yang menawarkan perkhidmatan persahabatan sedemikian. Sekelip mata saja ramai kenalan-kenalan baru yang terdiri dari pelbagai latar belakang boleh korang kenali di sini ! Tak susah untuk mencari kenalan sekarang.
Beaktiviti & berkenalan
-Saban hari pelbagai agensi dan kelab kerap mengadakan aktiviti seperti perkhemahan, ekspedisi, jamuan-jamuan tertentu dan sebagainya. Kerana secara tidak langsung korang boleh menambah lebih ramai kenalan baru dalam lingkungan sosial harian korang. Beraktivitilah sambil bersosial.Tapi jangan terlebih so sial !!
Kembali terjalin...
-Bagi kebanyakan individu kehadiran sahabat boleh dianggap sebagai tempat terbaik untuk seseorang itu mencurahkan perasaan, saling berkongsi rahsia, harapan dan kesedihan. Sayangnya, kesibukan kerja dan rutin harian menyebabkan kita sering terputus hubungan dengan sahabat lama. Apa khabar mereka sekarang? Adakah mereka masih boleh dijadikan sebagai tempat terbaik untuk mencurah rasa? Tidak sabar rasanya untuk mengembalikan hubungan persahabatan yang pernah terputus? Tunggu...! kerana ada beberapa perkara yang perlu korang ambil kira sebelum mengambil keputusan untuk menjalin perhubungan dengan sahabat lama itu :
- Ikatan persahabatan kamu dengannya munkin boleh berubah. Korang kena sedar bahawa setiap manusia pasti akan berubah dari hari ke hari. Tidak mustahil sahabat yang korang kenal dahulu tidak sama seperti dahulu lagi.
- Fikirkan cara terbaik bagaimana hubungan persahabatan korang dengan sahabat itu boleh dijalin semula.
- Jangan terlalu yakin semuanya akan kembali seperti sedia kala. Lakukan secara berperingkat. Dan korang masih boleh berusaha untuk mengembalikan semul kepercayaan seorang sahabat.
- Jika korang pernah lakukan kesalahan pada suatu ketika dahulu sehingga hubungan persahabatan korang terputus, jangan ragu-ragu untuk terus minta maaf dan jelaskan tentang kedudukan yang sebenarnya kepad sahabat.
- Perkara yang paling sukar adalah sewaktu korang cuba menghubungi sahabat untuk first time. Bila telah mula berhubung semula, lama kelamaan kebekuan yang suatu ketika dahulu pernah menyaluti hubungan persahabatan itu boleh mncair. Tidak mustahil korang boleh mendapatkan sahabat korang itu semula !
So..tunggu apa lagi ? cepatlah ikut tips yang Nisa senaraikan.. Good Luck ^^,v
Tiada ulasan:
Catat Ulasan