Isnin, 19 Disember 2011

Keputusan PMR Diumum Khamis... 22/12/2011

Assalamualaikum,,huhu korang tadikan Nisa dpt tahu result PMR akan diumumkan pada Khamis ini kat TV3. Pastu Nisa terbace satu entry kat satu blog ni cara mendapatkan keputusan melalui mySMS. Zaman sekarang dah maju. Tapi  Nisa rasa lebih baik amik result kat sekolah. Sebab kita boleh kongsika n suka dan duka kita bersama. (Tapi dalam hati,, dedor jer.. Takut nak amik result tu!!)  So,good luck yew kat calon2 PMR. Semoga dapat keputusan yang terbaik. Amin...  (n_n)

Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan Khamis ini 22/12/2011. Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, analisis keputusan PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan.

Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari sama. Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Disember.

Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian www.moe.gov.my. Seramai 481,292 calon menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara tahun ini. - Bernama

P/s: Semoga berjaya kepada semua calon PMR tahun ni...


Sumber: http://www.budakbotak.com/2011/12/keputusan-pmr-diumum-khamis-22122011.html#ixzz1gzBN2ZM7                                                                                                                                     

Thanks For Reading This Entry.Like Kalau Suka :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2011-2014. All Right Reserved By Hanisah Ayu