Sabtu, 19 Julai 2014

KENANGAN MENJADI PELAJAR SPM SMK KOTA MASAI 2 2013

    Assalamualaikum wbt ...apa khabar kepada yang sedang membaca entri ini? Sudah lama Nisa tidak update blog ini.hampir 2 tahun tidak membukanya..BERHABUK katanya !! Sepanjang 2 tahun itu,banyak perkara yang berlaku dalam hidup Nisa. Semasa Nisa Form 4 (2012) seminggu selepas cuti sekolah..seorang insan yang Nisa sayangi,arwah ayah telah pergi meninggalkan kami sekeluarga.Pada pagi Rabu yang hening itu Nisa kehilangan seorang ayah yang tiada penggantinya. Nisa tabahkan hati untuk menerima hakikat Allah swt.
 
   Tahun berikutnya Nisa menjadi senior di SMK KOTA MASAI 2..Hehehe :D Pada tahun 2013 Nisa bakal menduduki SPM 2013. Pada tahun itulah semangat Nisa mula bangkit dan berazam ingin menjadi pelajar cemerlang di sekolah itu. Memang tahun itu tahun paling tuff bagi Nisa kerana ingin seimbangkan masa melakukan aktiviti Kurikulum dan Ko-Kurikulum. Nisa telah dilantik menjadi Pengerusi dalam persatuan Pandu Puteri,menjadi Pengawas Perpustakaan, menyertai kawad kaki NGO hingga ke peringkat Kebangsaan,menyertai pelbagai kem, sukan olahraga, dan sebagainya.

   Pernah suatu ketika,Nisa terasa malas sangat.Dengan homework yang diberi cikgu2 dalam kelas tak di usik langsung. Yelah 3 bulan x masuk kelas. Balik rumah bila dah penat,tak pandang homework semua..bab main laman sosial NO.1 !! Bila masuk kelas cikgu2 asyik perli Nisa je sebab kata mereka Nisa semakin malas.Tidak seperti dahulu. hampir tiap2 bulan ade exam gerak gempur lah inilah. Tibanya waktu exam barulah nak menelaah buku.Tetapi Alhamdulillah..semasa mid-term SPM  Nisa dapat calon pelajar ALL STAR (pelajar target cemerlang SPM) Trial SPM pula, Nisa dapat anugerah cemerlang Trial SPM serta di anugerahkan cemerlang dalan bidang Ko-Kurikulum.

     Pada 20/03/2014 merupakan hari yang bersejarah bagi Nisa selepas dari menjalani PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA Siri 11/2014 di Kem PLKN Padang Hijau,Kluang. Pada tarikh tersebut Nisa menunggu keputusan SPM di dewan sekolah dengan tenang sekali tanpa rasa gementar. Pada awalnya cikgu mengumumkan nama2 kawan2 Nisa yang mendapat result yg cemerlang. Nisa bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah kepada kawan2 Nisa yang naik ke pentas.Tidak lama kemudian, Nisa terkejut apabila nama Nisa diumumkan untuk naik ke pentas. Ketika itu kawan2 memandang Nisa. Nisa terus berlari ke arah pentas dewan sambil berlinangan airmata. Memang semua kawan2 dan cikgu2 tidak sangka. Yelah..Nisa memang nakal,malas,ambil sambil lewa ketika dalam kelas tetapi perangai buruk itu Nisa ketepikan demi membanggakan keluarga. Rasa bersyukur sangat kepada Allah swt,keluarga,warga sekolah dan rakan2.

   Setakat itu yang dapat Nisa kongsikan. Jadikan cerita Nisa yang tidak seberapa itu sebagai pengajaran bagi korang semua. Jangan jadi seperti Nisa ye? Maaf kalau entri kali ini panjang leborrrr...









Thanks For Reading This Entry.Like Kalau Suka :)

 
Copyright © 2011-2014. All Right Reserved By Hanisah Ayu